Sunday, November 18, 2012

7 ~Perkara yang selalu menjadi amalan Rasulullah~


1)   Selalu Bangun Sebelum Subuh
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunat dan solat Fardhu, solat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan

2)  Aktif Menjaga Kebersihan 
Rasululullah SAW selalu sentiasa rapi dan bersih, tiap hari khamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi. 
Rasulullah Bersabda:
"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim) 

3)  Tidak Pernah Banyak Makan 
Sabda Rasulullah SAW :
 "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan"(Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.

4)  Gemar Berjalan Kaki 
Rasululullah SAW selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung 

5)   Tidak Pemarah 
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah"diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah : 
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring 
- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaitan 
- Segeralah berwudhu 
- Solat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati 

6)   Optimis Dan Tidak Putus Asa 
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT 

7)  Tak Pernah Iri Hati 
Untuk menjaga stabilitas hati dan kesihatan jiwa, mentalitas maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.
Doa : Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah...

P/S: jom...ikuti amalan Rasulullah ini agar kita sume beroleh manfaat daripadanya...keep in touch..:-)

Thursday, November 1, 2012

Dahsyatkah Sifat Ego??

Dahsyatnya sifat Ego, ianya boleh memusnahkan diri sendiri, orang yang bersifat ego begitu berbangga dengan dirinya, seakan-akan dirinya lebih hebat dari Tuhan. Hinggakan kebenaran dan teguran tidak dipersoalkan. Renungankanlah wahai teman betapa dahsyatnya sifat EGO!

Orang yang ada ego tidak sedar dia ada ego. Ego diketahui melalui ilmunya, Kalau tahu pun ada ego, belum tentu lagi dapat membuangnya. Ego adalah sifat batin. Tapi dapat dikesan tanda lahir dan sikapnya. Bila bercakap di kalangan kawan-kawannya selalu sahaja cakap besar, Bila berdiri selalu sahaja cekak pinggang. Apabila berbincang selalu tinggi suaranya Apabila kebenaran itu keluar dari mulut orang payah menerimanya, kalau bercakap mahu menang sahaja. Bila bertemu orang payah bertegur sapa kecuali orang yang mendahuluinya.

Jika orang tersilap terhadapnya mudah sahaja marah dan berang, Selalunya serius sahja kurang mesra. Kalau hendak berkawan pilih-pilih orang. Biasanya orang yang setaraf dengannya. Hendak bermesra dengan orang-orang yang setarafnya sahaja. Bila dicabar mudah sahaja mencabar, Kalau bersalah susah hendak meminta maaf. Adakalanya orang meminta maaf enggan menerimanya. Mudah marah bahkan marahnya sangat ketara. Kalau ada kuasa, suak menzalimi dan menindas, Jika tiada kuasa selalu sahaja keras kepala untuk tunduk kepada ketua. Bertekak dan berbahas menjadi budaya. pantang ditegur oleh sesiapa sahaja masam mukanya.

Apabila ego sudah tebal sebarang kebenaran payah diterima. Bila ditegur sakit hatinya, dendam pula membara. Jangan disebut dosa pahala tersinggung perasaannya. Kalau dipuji orang lain di hadapannya, sakit hatinya. Bahkan sebut nama Allah pun tersinggung jiwanya. Jangan cuba bala bencan datang kita kaitkan dengan kemurkaan Tuhan. Sakit hatinya, payah mahu menerima. jangan cuba hubungkaitkan dengan dosa. Dia akan melenting menunjuk sikap tidak menerima.

Aduh, dahsyatnya ego itu amat merbahaya. Bukan sahaja dengan manusia bahkan kepada Tuhannya, kebenaran payah menerima. Selalu sahaja menolak kebenaran bahkan dijadikan bahan perli sahaja kerana ego orang sanggup derhaka kepada Tuhan. Bahkan orang sanggup jadi kafir, lihat sahaja Namrud, Haman dan Firaun sungguh merugikan sanggup jadi kafir kerana egonya. Sebelum matinya berbagai-bagai bala dan tanda-tanda amaran Tuhan. Namun tidak boleh jadi pengajaran. Akhirnya sanggup mati kafir kerana egonya... Aduh, dahsyatnya sifat EGO!!!....

p/s: jagalah hati..hiasi peribadi...:-)

Saturday, October 27, 2012

VIDEO PILIHAN



MUARA HATI

Hafiz feat Dato' Siti Nurhaliza 






Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati dan tetap setia
Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntun mu kepada ku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali… padamu
Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku berhujung padamu
Kemanapun kan pasti kembali o..
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali…
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasa
Sesuatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu… biarkan aku merasuk dalam hati cinta..
#Ost Adam & Hawa#

AHLAN WASAHLAN!

Assalamualaikum...

selamat pagi..selamat berblogging...sebagai permulaannya..saya mengucapkan terima kasih kepada anda yang sudi melawat blog i ni..hehe


smile alwayz...(^_^)